Disiplin Diri

Permata diri yang semakin berkurangan. Bagaimana mahu mendapatkannya kembali?

1. Selalu meminta nasihat.
2. Buat sesuatu perkara secara istiqamah walaupun sedikit.
3. Kenangi kembali keperitan yang dihadapi sebelum mencapai kemanisan.
4. Usah dikenangi kemanisan kerana ianya boleh melalaikan, dan ia bukannya menjadi jaminan tiket selamat dari api Neraka.
5. Banyakkan membaca.
6. Berjiwa besar.
7. Menyusun hidup dengan al-Quran.
8. Mengatur urusan harian berpandukan jadual solat 5 waktu berjemaah.
9. Merehatkan dengan wudhu' dan bersolat.
10.Berani mengaku kesalahan dan berusaha menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama.
11.Bergaul dengan orang-orang soleh dan cemerlang.
12.Mentadabbur ayat-ayat suci Allah.
13.Mengikut rukun mujahadah; kurang makan, kurang bercakap, kurang tidur.
14.Senyum selalu.
15.Tambahkan prihatin dan cinta dalam tindakan, bukan dalam percakapan.
16.Telusuri sejarah dan sirah.
17.Pelajari hadith dan sunnah.
18.Perbaiki akhlak. Dengan Allah. Dengan manusia. Dengan semua ciptaan Allah
19.Teladani motivasi diri berminda positif dan mahu menyumbang. Jangan jadi kera sumbang.
20.Punya matlamat yang jelas. Punya usaha yang tegas dan keras untuk matlamat.


Gambar hiasan; Gambar ahli kelas Jundullah. Ahli kelas yang sedang punya peranan diposisi masing-masing. Semoga disiplin yang tinggi disini mampu diraih dan dikongsi kembali buat semua.

0 ความคิดเห็น: